Friday, 07 October 2016 03:32

Harian Metro: Perkenal Produk AVR



Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my


Laman web dari : http://www.hmetro.com.my/node/172696

Harian Metro: “Perkenal produk AVR”

Petaling Jaya: Acson Malaysia Sales & Service Sdn Bhd (Acson) menyasarkan untuk menguasai pasaran dalam segmen Variable Refrigerant Flow (VRF) antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

 

Pengurus Besarnya, Lee Nam Chuan berkata, sasaran itu dapat dicapai bersandarkan kepada pengenalan produk terbarunya iaitu Acson Variable Refrigerant (AVR) yang didatangkan dalam dua siri berbeza.

 

 

“Selepas diperkenalkan di pasaran China dan Indonesia dua tahun lalu, kini Acson mengorak langkah dengan membawa masuk AVR ke pasaran Malaysia untuk melengkapkan rangkaian penyelesaian Pendingin Hawa Pemanasan dan Pengudaraan (HVAC) bagi memenuhi keperluan dan permintaan rakyat Malaysia.

 

“Siri Carefree AVR direka dengan sistem penjimatan tenaga menggunakan teknologi bersepadu pembalik DC yang inovatif selain ciri perlindungan alam sekitar. Ia didatangkan dengan pelbagai tahap kapasiti penyejukan bermula tiga hingga lapan HP serta sistem paip sehingga 120 meter untuk menjangkau kawasan yang lebih luas,” katanya pada majlis pelancaran AVR, di sini.

 

Bagi Siri Eco Plus AVR pula, dicipta dengan teknologi pembalik pintar bersama kapasiti penyejukan antara lapan hingga 54 HP dan ia boleh dipasangkan dengan jumlah unit dalaman maksimum sehingga 56 unit.

 

Hadir sama, Pengurus Kanan Aplikasi dan Projek, Eng Kok Heng dan Pengurus Kanan Pembangunan, Rosli Ibrahim.

 

Beliau berkata, pengenalan produk berkenaan disasarkan untuk semua sektor termasuk untuk bangunan pejabat kerajaan, hospital, pusat komersial, perumahan dan lain-lain.

 

Katanya, dengan kepakaran yang ditonjolkan oleh Acson terhadap setiap produk ditawarkan tanpa menggunakan kepakaran pihak ketiga, pihaknya yakin mampu mencatatkan peningkatan jualan sehingga 20 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

 

“Walaupun baru saja diperkenalkan di pasaran Malaysia, namun kami telah menerima sehingga 70 pertanyaan berkaitan produk AVR dan bersedia untuk menawarkan khidmat serta kepakaran kepada pelanggan di Malaysia,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 7:10 AM